Proses pembakaran petrol di dalam enjin motosikal (ignition) dilakukan oleh palam pencucuh (spark plug) yang menerima arus voltan yang tinggi dari Koil Magnet (Magnetic Coil) melalui Kabel Berpenebat. Selepas lama beroperasi enjin akan mula mengalami kelemahan iaitu kurang daya pecutan, banyak mengunakan petrol dan banyak mengeluarkan asap walaupun melakukan tuning atau menukar spark plug.
Haro Power Booster dapat mengembalikan prestasi enjin seperti baru dengan 3 cara:
1. HPB bertindak menghalang discaj negatif berlebihan pada spark plug. Setiap suntikan petrol dibakar dengan sempurna oleh spark plug yang "sihat" menjadikan enjin bersih dan lancar tanpa asap.
2. HPB bertindak sebagai converter berfungsi meningkatkan frekuensi pada kabel berpenebat. Hasilnya arus mengalir lebih laju membantu pembakaran petrol lebih sempurna dan meningkatkan daya pecutan dan pendakian.
3. HPB bertindak sebagai penstabil polariti voltan yang dijana oleh magnetic coil. Arus akan mengalir maksima satu hala sahaja menuju spark plug menjadikan sedikit pembakaran petrol mencukupi untuk kuasa pecutan. Oleh itu, penjimatan petrol pasti diperolehi jika betul cara pengendalian.
MENAMBAH DAYA PECUTAN DAN PENDAKIAN MENJIMATKAN PETROL 10% HINGGA 25% MEMELIHARA ENJIN DAN EKZOS.